Selamat Datang Member Member Kami Unite Gila!

Ruang Chat Box Berdaftar ! Jom Chatting ! Kami Unite Gila !

Pertandingan Bulan Julai!

Tuesday, June 30, 2009 Jam 8:24 AM

bacalah apakah soalan pertandingannya..pasti rugi tak baca... :)

Read More......

Nantikan...

Sunday, June 28, 2009 Jam 10:04 PM


Nantikan... ia akan membuatkan anda ternanti2,,,



Sapa Nak Baucer di atas ni?
HAAA..... Ini ada Satu Peluang Baik Untuk anda semua!!



Dengar sini Semua ahli KAMI UNITE GILA!
Pihak Admin telah meeting semalam dan kami telah putuskan mulai 1 JULAI 2009 ini akan diakan satu pertandingan bulanan!!! Pertandingan ini adalah dibuat secara bulanan!!! Setiap Bulan Ada!! Pihak Admin akan mengumumkan apa pertandingan itu pada setiap 1 haribulan setiap bulan.

Apa pertandingannya...? Ikut suka kami lah... hehe... Kami akan maklumkan setiap bulan apa yang dipertandingkan. Yuran? Takde.

Pertandingan ini menguji kreativiti . :) Bukan nak tny2 fakta pon!! Takkan ada laaa soalan "APAKAH ALAMAT MANSUB,MARFU',DAN MAJRUR? hehe...Takde soalan macam ni lah... Orang yang terbaik Kreativitinya akan diumumkan sebagai pemenang!!

Hadiahnya untuk bulan Julai ini adalah Baucer Seperti yang tertera diatas sana!! Jadi bersedialah untuk jadi Pemenang Bulanan!!! Macamana nak tahu pemenang? hehe..
Ok. Macamini...Tarikh tutup Penyertaan adalah setiap 15hb setiap bulan. Selepas tarikh tutup itu.. Tiada siapa2 lagi layak untuk menghantar penyertaan!! Tunggu bulan depan :P

Ok. Mulai 21 hb ~ 31 hb setiap bulan.. semua boleh mengundi lah.. setiap orang boleh menghantar undian sapa yang dia rasa layak untuk jadi pemenang Tempat Pertama, Kudua dan Ketiga. Undian Ini adalah telus. Setiap Orang Boleh Mengundi sekali sahaja iaitu dengan Mengisi Borang Undian Online yang akan kami sediakan. So, pandai2lah korang memilih siapa pemenangnya. Sapa yang tamak haloba undi 2 kali undian yang pertamanya pon ADMIN akan batalkan(TEGAS.KAMI TELUS.AMANAH.)




Berikut adalah Hadiah Bagi Pertandingan untuk JULAI INI!!!


TEMPAT PERTAMA !!
BAUCER RM30

TEMPAT KEDUA
BAUCER RM20

TEMPAT KETIGA
BAUCER RM10

akan di pos ke rumah


Read More......

Kisah Katak Matrem

Wednesday, June 24, 2009 Jam 10:42 AM



SAPA PUNYA ANGKARA?
KITA DAH JUMPA!!! BACA KOMEN!!

TAK SANGKA SUNGGUH!!!



Kepada semua member-member KAMI UNITE GILA!.. Al~kisah..
Ingat tak zaman kita form 4 dulu.. seorang kawan kita matrem..atau nama sebenar,Muhammad Hafizie Azizan..
Ingat tak dulu... dia ni pernah terpedajal teruk.

Bertempat di klas 4 fathonah...
Dalam kotak pensel Matrem ini,ada katak mati,...
Bukan setakat mati,malah katak tu juga tepenyek teruk di dalam kotak pensilnya...
Taik katak,.kencing katak,...bercampur2 di dalamnya...

Ingat tak tragedi sadis itu.. huhu... amat tragis dan sadis bukan...
Namun, persoalannya dan misterinya disini,
Siapa Punya Angkara tragedi itu?
Siapa dalang disebalik kejadian lawak babas itu?
Kenapa Hal ini boleh Terjadi?
Adakah ada cerita disebalik kepedajalan terhadap matrem ini?
Persoalan inilah yang akan kita rungkaikan bersama2..
jadi kita mohon kerjasama semua member-member KAMI UNITE GILA!

Sama-sama kita berkongsi dengan KAMI UNITE GILA!
siapa punya angkara kerja dajal itu?
bagaimana cerita sebenarnya?
sila comment beramai2 kat entry ini...
biar semua tahu apa kisah sebenar tragedi katak mati matrem itu

Mungkin ramai antara diluar sana tahu kisah sebenarnya..
dan mungkin jugak... ada byk versi cerita nya
dan mungkin jugak ada yang akan tampil membuat pengakuan menggantung diri..
dan mungkin jugak ada yang menjadi saksi2 kisah ini..
jom komen beramai2..

Buat matrem...
kami di pihak KAMI UNITE GILA! amat bersimpati atas nasib KOTAK PENSIL anda...
diharap KOTAK PENSIL anda tidak mengalami trauma yg teruk...
Jadi....kepada member-member di KAMI UNITE GILA!.....marilah kita bersama2 merungkai misteri yang rasanya sampai sekarang menimbulkan persoalan kepada matrem....

kenapa KOTAK PENSIL nya yg terpilih....
kenapa tidak APEK....
kenapa tidak JIJAH...
kenapa tidak MAT PON....
mari kita bongkarkan......BONGKARKAN.....

mahu lg gempak.....
sertakan nma anda skali apabila mengomen....
supaya kita tau kebenaran yang da lama tersimpan.......

KEPADA SEMUA MEMBER2 KAMI UNITE GILA!....
jika anda juga pernah mengalami situasi yg sama seperti matrem...terpedajal dgn teruknya...
tetapi sampai sekarang anda masih xtau sapa yg memperdajal anda...

email KAMI UNITE GILA! di kamiunitegila@gmail.com
dan antar cerita anda kepada KAMI UNITE GILA!....
mana tau kan....ada yg tampil membuat pengakuan mengelar diri....

Read More......

Jom Vote Luqman & Hanis!

Wednesday, June 17, 2009 Jam 12:43 PM

Assalamualaikum kepada member2 semua.. dah tgok video di atas.. untuk pengetahuan semua, Hanis dan Luqman telah menyertai satu competition lakonan di laman web www.kuatberlakon.com anjuran Afdlin Shauki. Dan video ini adalah sebahagian daripada lakonan mereka. Mana2 peserta yang mendapat undian paling tinggi dari pengunjung2 laman web tersebut akan dinobatkan sebagai pemenang. Lebih kurang macam tu la. Ganjaran untuk pemenang dapat RM3000 disamping dapat berlakon dalam filem Afdlin akan datang. So mari sama2 kita undi mereka yerk..cayalah!

Read More......

Program Futsal Mega Perdana

Tuesday, June 16, 2009 Jam 11:14 AM


Sekadar Hiasan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua member-member KAMI UNITE GILA!

Sepanjang Cuti ini, Batch kita dah 5 kali set Program Futsal ni. Disamping mengisi masa lapang, program ini secara tidak sengaja dan tidak langsung telah berjaya mengumpulkan member-memberi lama dan sekaligus mengeratkan ukhwah dan hubungan sesama group KAMI UNITE GILA! huhu.... dekat 6 bukan tak bersua, dah lama tak bersemuka, sekali berjumpa pasti banyak cerita gebangnya. Apatah lagi, goleks juga hadir bersama :)

Program ini seperti biasa telah di'adjust'kan oleh saudara Matrem dan Fiqsob. Alhamdulillah, program yang dianjurkan ini mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan. Program yang berlaku selama 2 jam ini telah membuatkan badan kami semua berpeluh, sihat dan sekaligus membantu menguruskan badan jika selalu diamalkan. :P


Tempat : Sport Planet Mergong Alor Setar
Kehadiran : Ramai

Untuk melihat gambar-gambar dan foto-foto program ini, sila masuk ALBUM KAMI UNITE GILA!

NAK TENGOK GAMBAR FUTSAL KLIK di Sini

Read More......

Pulau Pangkor Island

Monday, June 15, 2009 Jam 3:43 PM





Setelah Beberapa Kali Bermeeting dan Bermesyuarat.Presiden dan MT setuju untuk sepakat dan bermuafakat untuk menganjurkan satu Reunion Pertama Besar-Besaran untuk batch kita. Reuninoin ini telah lama dibincangkan sejak Bulan 12 tahun 2008 lagi.

Pada cuti kali ini, hal ehwal reunion ini telah dibincang dan dibawak secara serius oleh seluruh jawatankuasa dan Prsiden sendiri. Setakat ini, kita dalam proses mendapatkan maklumat member-member kita, memilih tarikh bersesuaian, dan mengira kos(yuran yang paling minimum untuk reunion ini).

Dalam Masa yang terdekat ini, Pai(Muhammad Firdaus Bin ahmad) telah contact Pihak Pengurusan Pulau Pangkor Resor dan Meng'adjust'kan pakej pelancongan reunion yang termurah, termantap, dan yang paling superb untuk kita semua.

Setakat maklumat sekarang ini, yang KAMI UNITE GILA! diberitahu pakejnya lebih kurang camni :

  • Penginapan Chalet 1 Chalet 3 org
  • 3 hari 2 Malam
  • Makan Sehari 2 kali
  • 1 kali majlis BBQ Free
  • Karaoke Free Jam 8 malam - 12 malam
  • Snoorkeling Free
  • Kayak free
  • Teksi Free(tempat2 tertentu sahaja)
  • Feri dari Jeti Lumut Free Pergi Balik
  • Main Banana Free

Harga : RM230 sahaja
Minimum 20 orang
Lagi ramai lagi murah


Qoutation/Sebut Harga Pekej Yang sebenar nanti kita UPLOAD
nanti semua leh tengok :)

Ok. macam tulah ceritanya, Kita Target nak buat Reunion ini pada cuti hujung tahun ini Bulan DISEMBER!

Secara Kesimpulannya, semuanya tak komferm lagi! Tapi dalam proses untuk komferm dah. Ok. pape hal terbaru kita akan informkan kepada semua ahli Kami Unite Gila!

Read More......

Jom Meriahkan KAMI UNITE GILA!

Jam 2:20 PM



Jom sama-sama kita meriahkan KAMI UNITE GILA! dengan menghantar karya ataupun apa-apa saja yang ingin anda kongsikan bersama bersama KAMI UNITE GILA! dengan mengemailkan kepada

EMEL : kamiunitegila@gmail.com

Tak kira apa saja yang anda fikirkan boleh dikongsikan bersama seperti pendapat/pandangan/pesanan/dedikasi/lawak jenaka/gambar-gambar/lagu-lagu/video/teka teki dan apa saja yang menarik bersesuaian untuk laman KAMI UNITE GILA! sila emelkan kepada kami. Kalu Boleh yang ada kaitan tentang diri anda, sekolah kita, lawak zaman sekolah, penglaman sekolah bersama kawan2 dan yang sewaktu dengannya. Yang kalau kita baca kita akan rasa KAMI UNITE GILA! : )

Admin KAMI UNITE GILA! akan mempublishkan karya anda itu dalam laman ini dari masa ke semasa untuk menyerikan lagi laman ini. emel je..

KAMI UNITE GILA!

Read More......

Register KAMI UNITE GILA!

Jam 1:36 PM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada semua member-member se'batch' KAMI UNITE GILA! , minta kerjasama anda semua untuk mendaftarkan butiran peribadi anda segera di borang yang telah disediakan dibawah.

Bukannya apa, segala Maklumat ini adalah untuk rujukan batch kita supaya tidak lost contact dan sentiasa keep in touch. :)

Dan Pihak Admin KAMI UNITE GILA! akan Publish maklumat peribadi anda didalam satu galleri dan disitulah segala data batch kita dapat dirujuk seperti no telefon, emel, alamat, tempat belajar, gambar terkini dan lain-lain. Letak la gambar yang anda rasa anda paling hensem dan cun dalam gambar tue :)

Diharap semua member-member dapat mengisi borang online sesegera mungkin. ahaks : )

p/s : Dedikasi Untuk Rakan-Rakan tu bagi la yang best2 sikit ya... kami akan Publish kat laman ini. Jadi Pastikan anda punya paling BEST!!



TOLONG-TOLONG!! WAJIB UPLOAD GAMBAR TERKINI ANDA SEKALI YA




Upload Gambar Terkini
Nama Penuh
Nama Panggilan Anda Di SMKAK
Alamat Rumah
No Telefon Terkini
Tempat Belajar/Bekerja
Kursus/Bidang
Tarikh Lahir
Email
id Yahoo Messenger
Tarikh Cuti Hujung Tahun anda bila?
Tentang Anda/Pesanan/Dedikasi
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]



Tarikh Cuti tu kami perlukan Untuk 'set' Reunion KAMI UNITE GILA! di pulau Pangkor yang dijangka akan diadakan pada Bulan Disember 2009 yang akan datang. Harap dapat bgtau details sikit.. Bila Start Cuti..? Bila Habis Cuti... K. Admin KAMI UNITE GILA! Nak Set betul untuk semua boleh ke sana dan memeriahkan Program kita. :) InsyaAllah..

Read More......

Perasmian Blog Batch Kita

Jam 12:18 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, Blog ini batch mana? Untuk siapa? Sekolah Mana? Mari sini. teruskan Membaca. kami akan jelaskan satu persatu asalkan anda tak jemu membaca. :)

Blog ini adalah Medan Bertemu Mesra Online Semua Pelajar SMKA Kedah yang Pernah Menjadi Satu Batch Pelajar-Pelajar PMR 2003 dan SPM 2005.


KAMI UNITE GILA!

Read More......

KAMI UNITE GILA! | Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com